Selangor Cadang Bangunkan ‘Super App’ Integrasi Perkhidmatan 12 PBT

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor bercadang membangunkan satu aplikasi bersepadu atau ‘super app’ yang akan mengintegrasikan perkhidmatan dan saluran aduan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim.

Ng berkata inisiatif itu bertujuan mempercepat serta memudahkan urusan rakyat dengan menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan PBT menerusi satu platform. 

“Saya ambil maklum tentang cadangan yang diberikan. Baru-baru ini kita juga terima aduan daripada pelanggan … banyak sangat aplikasi. Jadi kadang-kadang mereka (rakyat) pun keliru (nak guna aplikasi).

“Saya yakin dengan kaedah (cadangan ini) yang kita akan guna pakai dan ditambah baik setiap hari,” katanya menjawab soalan tambahan Muhammad Hilman Idham (PN-Gombak Setia) sama ada kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan satu platform aduan yang berintegrasi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam pada itu, Ng berkata aspek keselamatan dan kerahsiaan data turut diberi perhatian bagi memastikan butiran pengguna tidak dibocorkan atau disalahgunakan sewenang-wenangnya, dengan pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata vendor yang terlibat dalam pembangunan dan pengoperasian aplikasi berkenaan juga akan ditapis bagi memastikan hanya penyedia yang berkeupayaan serta mempunyai prestasi baik dipilih.

Sementara itu, Ng berkata perkhidmatan kaunter PBT tidak akan ditutup bagi membantu golongan yang tidak celik digital, terutamanya warga emas dan penduduk luar bandar. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *