Tekad Badang UC TATI Tamatkan Pengajian Untuk Raih Pingat Emas SUKMA Selangor 2026

KUALA TERENGGANU – Kurang 10 hari lagi sebelum tirai Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dibuka, dua atlet angkat berat Terengganu yang juga pelajar semester akhir Universiti College TATI (UC TATI) kini berdepan misi berganda – menamatkan pengajian dan memburu pingat emas pada pentas terakhir mereka.

Muhammad Shah Jeh’an Syamsul Bahri dan Farid Redzuan Mohd Zaubidi yang mengikuti pengajian Diploma Sains & Rekreasi di UC TATI kini hanya selangkah untuk menamatkan pengajian setelah baru sahaja selesai menduduki peperiksaan terakhir sebelum bergelar graduan dan fokus sepenuhnya untuk persiapan terakhir di Pusat Latihan Angkat Berat, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kedua-dua atlet yang juga rakan sekelas itu mengakui cabaran mengimbangi tuntutan sebagai pelajar sepenuh masa dan atlet bukan sesuatu yang mudah, namun sokongan pihak universiti banyak membantu memastikan mereka dapat meneruskan kedua-dua tanggungjawab tersebut.

“Bukan mudah untuk kami memberi fokus di antara kelas pembelajaran dan komitmen sebagai atlet namun kami amat bersyukur kerana jadual pembelajaran kami sememangnya diatur untuk memenuhi keperluan sebagai atlet sepenuh masa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Begitu juga kami sebenarnya adalah pelajar sepenuh masa di UC TATI ini, jadi dapat menamatkan pelajaran dalam tempoh yang sepatutnya memberi kelebihan buat mana-mana atlet yang menyambung pengajian di sini,” ujar anak jati Kuala Terengganu yang bercadang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tamat SUKMA Selangor 2026 nanti.

Sementara itu, Farid Redzuan menjadikan SUKMA Selangor 2026 sebagai peluang terakhir untuk mencipta kenangan manis selepas melalui perjalanan panjang bersama program pembangunan angkat berat negeri.

Menurut atlet yang mula menyertai program latihan sejak 2019 itu, segala pengorbanan masa, tenaga dan komitmen selama ini hanya akan lengkap sekiranya mereka mampu menghadiahkan pingat emas pada edisi kali ini.

“Jatuh bangun kami bersama sejak sekian lama terlibat dalam program latihan SUKMA ini. Impian kami hanya satu, pingat emas. SUKMA Selangor 2026 ini merupakan penampilan terakhir buat kami semua, hanya satu peluang terakhir untuk kami buktikan kepada keluarga, jurulatih dan semua apa yang telah dikorbankan selama ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Begitu juga masa depan saya dalam sukan ini, mungkin ini perjalanan terakhir saya,” ujar beliau yang hanya sekali membuat penampilan di pentas SUKMA menerusi edisi Sarawak 2024 lalu.

Bagi menghadapi SUKMA Selangor 2026, Terengganu mempertaruhkan seramai 16 atlet terdiri daripada lapan atlet lelaki dan lapan atlet wanita bagi acara angkat berat yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 Ogos bertempat di Dewan Seri Cempaka, Hulu Langat.

Pada edisi SUKMA Sarawak 2024 lalu, skuad angkat berat Terengganu mencipta kejutan apabila berjaya memperbaharui rekod kebangsaan menerusi Muhammad Izzan Ismadi yang meraih pingat emas acara 96 kilogram (kg) lelaki.

Kejayaan turut disumbangkan Nur Alissa Sofea Mohamadnor Wardi yang menghadiahkan emas pada saat akhir bagi kategori wanita 71kg selepas berjaya mencatat jumlah angkatan keseluruhan 166kg menerusi 71kg acara snatch dan 95kg bagi clean & jerk.

Pencapaian itu membantu skuad angkat berat Terengganu menutup kempen SUKMA Sarawak 2024 dengan empat pingat emas dan dua pingat perak, sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai antara kuasa utama sukan angkat berat negara.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *