EXCO derhaka, persoal pengumuman kedudukan Tuanku Muhriz – Aminuddin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan pengumuman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai tindakan yang dipersoalkan dari sudut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Beliau berkata, dokumen yang menjadi asas kepada pengumuman tersebut pernah dikemukakan kepadanya ketika masih memegang jawatan Menteri Besar.

Menurutnya, dokumen itu ialah Surat Cara Proklamasi bertarikh 19 April 2026 dan didakwa dibuat oleh Undang Yang Empat.

“Pada 20 April 2026, dokumen proklamasi itu dikemukakan kepada saya untuk ditandatangani menurut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya enggan menandatangani dokumen berkenaan atas sebab-sebab yang sudah saya nyatakan secara terbuka pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan.

Aminuddin berkata, antara sebab beliau enggan menandatangani dokumen berkenaan ialah pendiriannya kerajaan negeri tidak boleh menerima atau mengiktiraf tindakan Datuk Mubarak Dohak dalam urusan proklamasi berkenaan kerana ketika itu bukan lagi Undang Luak Sungai Ujong.

Perkara itu juga pernah dinyatakannya pada 20 April lalu, apabila beliau menegaskan pengisytiharan dibacakan Mubarak untuk menurunkan Tuanku Muhriz tidak boleh diterima atau diiktiraf kerajaan negeri.

Pada ketika itu, kerajaan negeri mendakwa Mubarak telah diberhentikan daripada kedudukannya sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungai Ujong.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Aminuddin seterusnya mempersoalkan sama ada proses siasatan terhadap Tuanku Muhriz, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10(1) UUTKNS 1959, pernah dijalankan secara penuh dan lengkap.

Beliau mendakwa, tiada siasatan sedemikian pernah dijalankan di hadapannya ketika beliau menjadi Menteri Besar dan turut mempertikaikan dakwaan dalam afidavit sokongan Undang Luak Johol bertarikh 17 Julai 2026 bahawa siasatan berkenaan telah dijalankan dalam satu mesyuarat pada 5 Mac 2026 di Balai Undang Sungai Ujong.

“Tidak ada sebarang dakwaan pernah dikemukakan terhadap Tuanku Muhriz. Baginda juga tidak pernah diberi peluang untuk menjawab sebarang dakwaan. Hal ini suatu pelanggaran serius terhadap prinsip keadilan asasi,” katanya.

Ketika ini Aminuddin menegaskan pendiriannya Tuanku Muhriz masih merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan meminta tindakan diambil terhadap EXCO yang menurut dakwaannya telah bertindak derhaka.

Kemelut itu dijangka terus menjadi perhatian sehingga persoalan mengenai kesahan proklamasi, kedudukan Undang yang menandatanganinya, proses siasatan serta kuasa setiap institusi dapat diselesaikan melalui saluran perundangan dan perlembagaan yang sewajarnya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *