Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Pulau Pangkor

IPOH – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu itu pada 10.31 pagi.

“Anggota APMM bersama Bot Penggalang 1639 yang tiba di lokasi pada 11.22 pagi mendapati mayat itu dipercayai lelaki warga Indonesia, berpakaian baju berwarna hitam dan berseluar pendek.

“Siasatan awal mendapati mayat dijumpai terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada APMM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata mayat dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *