Pembayaran pemberian khas 40 peratus Sabah dibincang Isnin ini

KOTA KINABALU – Pembayaran pemberian khas 40 peratus kepada Sabah dijangka dibincangkan pada mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Isnin ini.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kerajaan negeri dan Persekutuan kini giat berunding bagi memastikan peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dapat disalurkan tahun ini.

“Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sedang giat berunding untuk memastikan peruntukan yang diumumkan dapat dibayar pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Bulan Kebangsaan Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 di sini hari ini.

Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini dilaporkan telah menerima RM600 juta daripada bayaran interim Pemberian Khas berjumlah RM1.5 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan pada 12 Jun lepas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 20 Julai dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memohon supaya baki RM900 juta disalurkan sepenuhnya pada tahun ini.

Mengulas sentimen kononnya Sabah dipinggirkan dalam aspek pembangunan, Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah mengajak rakyat negeri itu untuk menilai sumbangan masing-masing dalam memastikan Sabah terus berada dalam arus perdana pembangunan negara.

“Kita jangan sekadar merungut, tetapi pastikan sumbangan kita supaya dapat bersama-sama dalam arus pembangunan seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat Sabah mempamerkan semangat patriotisme dengan mengibarkan bendera bersempena dengan sambutan Hari Sabah dan Bulan Kebangsaan. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *