KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada semua tiga pertuduhan bersubahat kes rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad, 11 tahun lepas.
Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes terhadap Zizie Izette, 47, melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
“Selepas meneliti keseluruhan keterangan mahkamah ini memutuskan tertuduh berjaya membuktikan keraguan dalam kes ini dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
“Oleh demikian, mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.
Zizie Izette yang juga isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, kelihatan sebak selepas mendengar keputusan tersebut. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
