10 ADUN angkat sumpah sebagai Exco Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, di Istana Bukit Serene, di sini.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mengangkat sumpah ialah Mohd Hairi Mad. Shah (Larkin), Datuk Mohd Jafni Md. Shukor (Bukit Permai), Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah), Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh) dan Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir).

Turut mengangkat sumpah ialah Md. Israk Abdullah (Kukup), P. Pannir Selvam (Perling), Hasrunizah Hassan (Pulai Sebatang) dan Muhammad Naqib Md. Ghazali (Panti).

Pelantikan barisan EXCO bagi penggal baharu itu menyaksikan empat muka baharu, iaitu Md. Israk Abdullah, P. Pannir Selvam, Hasrunizah Hassan dan Muhammad Naqib Md. Ghazali.

Majlis istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk, Mohammed Ridha Abd. Kadir.

Ahad lalu, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Onn Hafiz, yang juga Pengerusi BN Johor, memenangi kerusi DUN Machap pada PRN Johor Sabtu lepas dengan majoriti 15,375 undi.

PRN Johor yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan BN memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus diberi mandat membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *