PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan yang disertai rakyat dari pelbagai latar belakang, khususnya generasi muda, membuktikan semangat cintakan kemerdekaan masih subur dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau gembira melihat sambutan rakyat pada Merdeka Parade di Putrajaya yang disifatkannya masih begitu hangat.
Katanya, kehadiran anak muda dari pelbagai kaum memenuhi barisan pemerhati menunjukkan tanggapan generasi muda tidak lagi menghargai kemerdekaan adalah tidak tepat.
โSaya ke Merdeka Parade Putrajaya untuk lihat sambutan oleh rakyat. Saya gembira kerana sambutan masih hangat, betul-betul hangat,โ katanya.
Menurut Dr. Mahathir, beliau turut melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India hadir menyaksikan sambutan berkenaan dalam suasana penuh kegembiraan.
Katanya, wajah ceria dan riang yang ditunjukkan golongan muda itu menggambarkan Hari Kebangsaan masih mempunyai tempat istimewa dalam hati mereka.
โSaya lihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam barisan pemerhati. Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah,โ katanya.
Dr. Mahathir berkata, suasana itu adalah satu perkembangan menggembirakan kerana menunjukkan semangat kemerdekaan masih dapat dirasai oleh generasi muda.
๐ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Beliau turut menolak tanggapan anak muda hari ini tidak mengambil berat mengenai kemerdekaan negara.
Katanya, apa yang dilihat pada sambutan berkenaan memberikan gambaran sebaliknya apabila golongan muda daripada pelbagai kaum hadir bersama-sama bagi meraikan hari bersejarah negara.
Dr. Mahathir berkata, semangat ditunjukkan anak muda itu penting dalam memastikan kelangsungan negara pada masa hadapan.
โSemangat seperti ini akan kekalkan negara,โ katanya.
Menurut beliau, kecintaan terhadap negara dan kesediaan untuk mempertahankannya merupakan nilai yang perlu terus dipupuk dalam kalangan rakyat.
โKemerdekaan bukan sesuatu yang wajar dianggap sebagai perkara biasa kerana ia perlu dihargai dan dipertahankan oleh setiap generasi,โ ujarnya.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
