Zii Jia mara ke separuh akhir Terbuka Kanada

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia melangkah ke separuh akhir Terbuka Kanada selepas menewaskan pemain Taiwan, Wang Po-wei 21-15, 21-13 dalam aksi suku akhir di Markham Pan Am Centre pada Jumaat.

Kemenangan yang dicatat dalam tempoh 34 minit itu menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu membuat penampilan separuh akhir pertamanya musim ini.

Pemain ranking ke-60 dunia berkenaan sebelum ini tidak pernah mara ke peringkat separuh akhir mana-mana kejohanan sejak temasya Olimpik Paris 2024.

Menanti Zii Jia pada separuh akhir ialah wakil Jepun, Riki Takei, yang mara dalam satu lagi aksi suku akhir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pertemuan itu adalah yang kedua buat kedua-dua pemain selepas menyaksikan Zii Jia menewaskan Takei pada aksi kelayakan Terbuka Australia di Sydney bulan lepas. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *