iCents Group raih tiga kontrak bernilai RM85.69 juta

KUALA LUMPUR – iCents Group Holdings Berhad memperoleh tiga kontrak bernilai keseluruhan RM85.69 juta menerusi dua anak syarikatnya, merangkumi kerja kejuruteraan pusat data di Malaysia dan Indonesia serta kemudahan pemprosesan wafer semikonduktor di Selangor.

Kontrak terbesar bernilai RM65.12 juta dianugerahkan kepada anak syarikatnya, VC Engineering Sdn. Bhd. oleh sebuah syarikat pembinaan tempatan bagi kerja membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah dan menyelenggara sistem penyaman udara dan pengudaraan mekanikal (ACMV) untuk projek pusat data.

Projek berkenaan dijangka siap pada Januari 2028.

Selain itu, VC Engineering dan Maytech Cleanroom Manufacturing Sdn. Bhd. turut menerima dua surat anugerah (LOA) dengan nilai keseluruhan kira-kira RM20.57 juta.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

VC Engineering memperoleh kontrak RM15.10 juta daripada sebuah syarikat semikonduktor di Malaysia yang merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kontrak berkenaan membabitkan baki kerja peringkat kedua (Stage 2) di bawah Fasa 1 pembangunan kemudahan pemprosesan wafer semikonduktor di Selangor.

Skop kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) itu merangkumi sistem mekanikal, utiliti dan elektrik di kemudahan berkenaan, dengan projek dijangka siap pada Jun 2027.

Kontrak terbaharu itu menyusuli penganugerahan kerja peringkat pertama (Stage 1) bernilai RM21.05 juta pada Oktober 2026. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kontrak yang diperoleh bagi pembangunan Fasa 1 kemudahan semikonduktor itu meningkat kepada RM36.15 juta.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, Maytech memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM5.47 juta daripada sebuah syarikat pembinaan berpangkalan di Indonesia bagi mereka bentuk, membekal dan menghantar sistem siling khas untuk pembangunan pusat data di negara itu.

Projek berkenaan dijangka siap pada 22 Februari 2027, sekali gus membuka peluang kepada Maytech membekalkan produk keluarannya untuk pembangunan pusat data di pasaran serantau.

Pengarah Urusan iCents Group Holdings Berhad, Ir. Ts. Vincent Ong Mum Fei berkata, ketiga-tiga kontrak berkenaan mencerminkan keyakinan berterusan terhadap keupayaan kejuruteraan kumpulan serta kemampuannya melaksanakan kerja khusus dalam sektor pusat data dan semikonduktor.

Beliau berkata, anugerah terbaharu itu turut memperluas portfolio projek kumpulan, selain mengukuhkan kedudukannya dalam industri yang memerlukan spesifikasi teknikal tinggi.

Katanya, kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada standard pelaksanaan projek sambil meneroka peluang yang dapat menyokong pertumbuhan jangka panjang.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *