KUALA TERENGGANU – Terengganu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Nerus berikutan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
Mengikut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal kini mula beroperasi dengan menempatkan seramai 118 mangsa daripada 34 keluarga.
Daripada jumlah itu, seramai 71 mangsa ialah orang dewasa, 43 kanak-kanak manakala empat lagi bayi.
Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 9 malam tadi, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di lima daerah di Terengganu, iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang hingga jam 1 pagi.
Laman sesawang rasmi Public Infobanjir pula melaporkan empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan paras air sungai melebihi tahap waspada, iaitu stesen Kampung Bukit dan Kampung Langkap di Setiu, Rumah Pam Pulau Bahagia di Kuala Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Jeram dekat Kuala Nerus. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
