Bayi 11 bulan meninggal dunia, pengasuh ditahan bantu siasatan

SUNGAI PETANI – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia semalam, selepas didakwa terjatuh ketika makan di rumah pengasuhnya di Bedong pada 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, bayi malang itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada jam 10.42 pagi.

“Dalam kejadian pada 22 Jun lalu, bapa mangsa menerima panggilan telefon pada jam 2.15 petang daripada pengasuh memaklumkan anaknya terjatuh dari kerusi ketika disuapkan makan.

“Pengasuh turut memaklumkan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu polis menahan seorang wanita berusia 30-an bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *