KOTA BHARU – Parti Bersama Malaysia (Bersama) dijadual mengumumkan barisan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam satu majlis di Johor Bahru pada Jumaat ini.
Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli berkata, proses pemilihan dan tapisan calon telah selesai, namun jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu belum didedahkan.
Menurut beliau, sambutan terhadap permohonan calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan adalah menggalakkan apabila lebih 300 individu tampil mengemukakan permohonan dalam tempoh lebih seminggu sejak pendaftaran dibuka.
“Setiap pemohon perlu mengisi borang dan menjalani proses temu duga. Mereka turut dinilai melalui soalan-soalan yang dikemukakan secara rawak berdasarkan latar belakang peribadi serta pengalaman masing-masing,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Kancil di Pantai Cahaya Bulan pada malam tadi.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian bagi PRN Johor. Hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai.
Pengumuman calon oleh Bersama dijangka menjadi antara tumpuan utama menjelang pembukaan rasmi kempen pilihan raya negeri tersebut.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L