Johor sentiasa bantu Persekutuan, di mana kami tidak bekerjasama? Soal Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kerajaan negeri itu sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan tidak pernah bersikap sombong sebagaimana gambaran yang diberikan oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan rakyat Johor supaya memilih kepimpinan yang bijak, berprinsip, tidak sombong serta mampu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Onn Hafiz, pelantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dibuat atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Iklan

“Keputusan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi adalah keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti Bangsa Johor. Adakah keputusan untuk berprinsip dan mendengar suara rakyat menjadikan saya seorang yang sombong?” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, malah sentiasa membantu melengkapi usaha kementerian-kementerian Persekutuan demi kepentingan rakyat Johor.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri setiap tahun menyalurkan bantuan kepada sekolah dan bilik guru walaupun pendidikan berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut membantu CIQ, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem tentera, hospital, klinik dan kemudahan kesihatan awam meskipun bidang berkenaan terletak di bawah tanggungjawab kementerian-kementerian Persekutuan.

Beliau turut menegaskan, apabila hasil negeri meningkat, kerajaan negeri bukan sahaja memberi Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam negeri, malah turut menghargai penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor.

“Bagi Kerajaan Negeri Johor, yang lebih penting bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor mendapat manfaat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan dakwaan kerajaan Johor tidak memberikan kerjasama atau tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Dengan rendah hati saya ingin bertanya, dalam perkara apakah kerajaan Johor dikatakan tidak memberikan kerjasama, tidak menyokong atau tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan?” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *