‘Perjanjian itu sangat melegakan, tapi ia jerat paling bahaya’

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa untuk menyiasat dakwaan wujudnya peguam yang dikatakan bersekongkol dengan ceti haram atau ah long untuk memperdaya mangsa menerusi dokumen yang dikatakan sah dari segi undang-undang.

Dokumen yang dianggap rasmi itu menjadi sandaran peminjam yang menyangkakan mereka berurusan dengan pihak yang dijamin kerajaan, namun sebenarnya ceti haram berselindung dengan perjanjian disediakan ‘peguam’.

Aktivis banteras ceti haram, Azman Kang Abdullah berkata, pihaknya menerima beberapa aduan baru-baru ini mengenai kewujudan dokumen yang disediakan ah long untuk ditandatangani peminjam.

Tegasnya, peminjam yang terdesak untuk mendapatkan wang akan terpedaya dengan dokumen yang diberikan namun hanya mengetahui ia helah ah long apabila bayaran mula bermasalah.

“Mereka mula diugut, diancam dan menerima pelbagai mesej berbaur kekerasan. Barulah mereka sedar, yang berurusan itu bukanlah pemberi pinjam diluluskan kerajaan, tetapi ceti haram.

“Ramai yang datang mengadu kepada saya mengenai taktik menggunakan nama peguam ini, jadi sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa,” katanya.

Berkongsi mengenai kes terbaharu, Azman berkata, peminjam berkenaan yakin dengan dokumen yang diberikan kerana ia nampak seolah-olah urusan rasmi.

“Dengan adanya teknologi Kecerdasan Buatan, ah long ini hanya fotostat perjanjian untuk ditandatangani mangsa. Bagi mereka yang terdesak, perjanjian itu sangat melegakan, tanpa mereka tahu ia adalah jerat paling bahaya,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *