Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat

Wawasan mahu kerajaan jelaskan pihak arah tangguh tahanan rumah Najib

PETALING JAYA – Parti Wawasan Negara (Wawasan) mendesak kerajaan memberikan penjelasan terbuka mengenai pihak yang bertanggungjawab mengarahkan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu menjelaskan siapa yang mengarahkan Ketua Pengarah Penjara menghentikan proses pemindahan Najib ke kediaman bagi menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana anggota Kabinet mengetahui atau terbabit dalam keputusan penangguhan berkenaan sebelum ia dilaksanakan.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menjelaskan asas perundangan yang membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Adakah perdana menteri atau mana-mana menteri terlibat atau dimaklumkan sebelum keputusan itu dibuat?” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Ahmad Fayhsal menegaskan kerajaan perlu segera melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong kerana kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja dan bukannya sesuatu yang boleh ditafsir semula oleh pegawai kerajaan mengikut kepentingan atau kesesuaian politik.

Katanya, titah Yang di-Pertuan Agong bertarikh 7 November lalu telah menjelaskan kedudukan perintah pengampunan bersyarat berkenaan, termasuk pengesahan bahawa semua syarat yang ditetapkan telah dipenuhi.

“Titah Agong bertarikh 7 November menutup segala ruang untuk berdolak-dalik. Baginda menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat itu jelas dan tanpa ambiguiti, bahawa semua syarat telah dipenuhi, dan bahawa sebarang hujah mempertikaikannya menjurus kepada keingkaran terhadap perintah baginda,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau mendakwa jentera kerajaan sebelum ini sudah memulakan persiapan untuk melaksanakan perintah berkenaan, namun proses itu dihentikan pada saat akhir tanpa penjelasan yang memuaskan.

Kontroversi itu tercetus selepas UMNO mengumumkan kejayaan mengumpulkan dana bagi melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib menerusi kempen sumbangan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengeluarkan perintah pelepasan selepas pembayaran denda berkenaan direkodkan.

Bagaimanapun, AGC memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah perlu ditangguhkan sementara bagi membolehkan penelitian dibuat terhadap persoalan perundangan berkaitan skop perintah pengampunan dan kesan perintah mahkamah.

Dalam perkembangan berkaitan, Istana Negara menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.

Istana Negara turut mengingatkan bahawa kuasa pengampunan diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan merupakan prerogatif diraja yang perlu dihormati selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Sementara itu, Perdana Menteri meminta Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar segera menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memohon ampun serta menjelaskan persoalan perundangan yang timbul berhubung pelaksanaan titah tahanan rumah terhadap Najib.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *