LONDON – Harga minyak menjunam hari ini susulan harapan yang kembali meningkat terhadap kemajuan dalam rundingan Amerika Syarikat (AS)-Iran yang bertujuan menamatkan perang di Asia Barat.
Minyak mentah Brent Laut Utara, penanda aras antarabangsa, jatuh lima peratus kepada AS$94.61 setong, manakala kontrak utama AS, WTI, merosot 5.9 peratus kepada AS$88.31 setong. – AFP