NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) komited dalam meneraju integrasi Pendidikan Islam bagi komuniti OKU dengan penubuhan Kursi Dato’ Haji Rizalman Haji Ibrahim.
Penubuhan Kursi ini adalah berdasarkan sumbangan Dato’ Haji Rizalman bagi mendanai Projek Terjemahan Quran IshaRI bagi memperkasa kefahaman komuniti OKU Pendengaran terhadap terjemahan Quran versi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
Kunjungan delegasi USIM yang diketuai Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bagi menyerahkan watikah Penaung Kursi kepada Dato’ Haji Rizalman Haji Ibrahim dan memperkenalkan Penyandang Kurdi iaitu Pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah merangkap Felo Kehormatan UMMI, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff.

Menurut Dato’ Naib Canselor USIM, penyerahan watikah Penaung Kursi dan memperkenalkan Penyandang Kursi ini menandakan keseriusan dan kesungguhan USIM dalam merealisasi hasrat Dato’ Haji Rizalman yang juga pengasas dan pemegang amanah utama Yayasan RI ke arah pemerkasaan pendidikan Quran bagi komuniti OKU Pendengaran.
Katanya, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff yang diperkenalkan sebagai Penyandang Kursi Dato’ Haji Rizalman mampu memikul amanah ini berdasarkan kecemerlangan akademia, pengalaman dan kepakaran beliau dalam kajian Quran multidemensi.
Turut bersama delegasi tersebut ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Prof. Madya Dr. Norakyairee Mohd Raus yang juga Ketua Projek Terjemahan Quran IshaRI.
Beliau turut membentang laporan terkini projek dan menzahirkan perancangan untuk mengadakan Prapelancaran Aplikasi dan Portal Quran IshaRI pada tahun hadapan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L