Tentera Darat Malaysia Lancar Eksesais Gerak Pantas 2026 di Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) memulakan pelaksanaan Eksesais Gerak Pantas 2026 di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga 15 Mei sebagai langkah memperkukuh tahap kesiagaan tempur serta keupayaan operasi pasukan keselamatan negara.

Menurut kenyataan TDM, latihan ketenteraan tahunan itu melibatkan pasukan 10 Briged (Para) dengan beberapa kawasan strategik dikenal pasti sebagai lokasi operasi dan latihan.

Di Kelantan, eksesais akan dijalankan di sekitar Cherang Ruku dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan kawasan sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut dan Kuala Terengganu.

TDM memaklumkan orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya berlaku pergerakan konvoi tentera, penerbangan aset udara serta bunyi letupan sepanjang tempoh latihan dijalankan.

“Pengguna jalan raya juga diminta lebih berhati-hati terutama di kawasan terlibat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika latihan berlangsung,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut TDM, fasa serangan akhir eksesais dijadual berlangsung pada 15 Mei di kawasan sekitar Empangan Tok Gong, Besut, Terengganu yang dijangka melibatkan simulasi operasi berskala besar.

Pihak tentera turut memberi jaminan bahawa semua aktiviti latihan dilaksanakan secara terancang dan terkawal dengan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan awam.

Dalam pada itu, TDM merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu, agensi keselamatan serta penduduk setempat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan latihan berkenaan.

Menurut TDM, eksesais itu penting dalam memastikan tahap kesiapsiagaan angkatan tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *