“Exam SPRM” Hari Kedua: Rafizi Anggap Sesi Soal Siasat Macam SPM, Tapi Lagi Lama

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengambil pendekatan santai apabila menyamakan sesi soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai “peperiksaan” yang perlu ditempuh minggu ini.

Menurut beliau, hari kedua siasatan yang dijalani diibaratkan seperti menduduki kertas peperiksaan berturut-turut, cuma bezanya tempoh setiap “paper” boleh mencecah sehingga lapan hingga sembilan jam, jauh lebih panjang berbanding peperiksaan SPM biasa.

Siasatan tersebut berkait dakwaan rasuah melibatkan projek bernilai RM1.1 bilion yang tular di media sosial, selain laporan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Perkasa.

Bagaimanapun, Rafizi menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Dalam nada berseloroh, beliau berkata, tips peperiksaan masih sama jika sudah membuat persediaan awal dan tidak melakukan kesalahan, jawapan akan kekal konsisten walau apa pun soalan yang diajukan.

“Bezanya, ini bukan dua jam macam (peperiksaan) SPM. Ini ‘exam’ (soal siasat) maraton,” katanya.

Beliau turut bergurau, setakat ini pemeriksa atau pegawai SPRM bersikap profesional, malah tidak sekeras pengalaman beliau dengan guru disiplin suatu ketika dahulu.

Rafizi juga secara berseloroh menyatakan keyakinan untuk “lulus cemerlang”, selagi tiada sebarang aliran wang atau bukti kekayaan luar biasa yang boleh dikaitkan dengan dirinya.

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, sambil menambah satu tips yang tidak diamalkan, iaitu makan kismis sebelum peperiksaan untuk menguatkan ingatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *