LOS ANGELES – Syarikat teknologi, Amazon, berjaya melancarkan 29 satelit baharu ke orbit Bumi rendah sebagai sebahagian usaha memperluas rangkaian internet global berasaskan satelit.
Pelancaran itu dilakukan menggunakan roket Atlas V milik United Launch Alliance dari Cape Canaveral, Florida pada Isnin malam waktu tempatan.
Kesemua satelit berjaya ditempatkan di orbit dalam beberapa fasa pelepasan selepas pelancaran, menandakan kejayaan misi keenam bagi projek rangkaian satelit syarikat berkenaan.
Misi itu merupakan sebahagian daripada pelan besar Amazon untuk membangunkan lebih 3,200 satelit bagi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan kependaman rendah di seluruh dunia.
Dengan pelancaran terbaharu ini, jumlah satelit dalam rangkaian tersebut terus meningkat ketika syarikat berusaha mempercepatkan pelaksanaan perkhidmatan komersial yang dijangka bermula dalam masa terdekat.
Projek berkenaan dilihat sebagai pesaing kepada sistem internet satelit lain di peringkat global, sekali gus mengukuhkan persaingan dalam sektor komunikasi angkasa.
Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L