8 kanak-kanak maut dalam insiden tembakan di Louisiana, AS

NEW YORK – Lapan kanak-kanak berusia antara satu hingga 14 tahun terbunuh pada Ahad dalam insiden tembakan di Shreveport, sebuah bandar di barat laut negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Jurucakap polis Christopher Bordelon berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan (1100 GMT), ketika anggota Jabatan Polis Shreveport dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan mengenai “gangguan domestik”.

Katanya, lokasi kejadian melibatkan kawasan yang luas, merangkumi dua buah rumah di kawasan berkenaan serta satu lagi lokasi berhampiran.

Menurut beliau, lapan kanak-kanak itu merupakan antara 10 individu yang terkena tembakan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Suspek dipercayai turut merampas sebuah kenderaan di kawasan berhampiran sebelum polis mengekori kenderaannya, kata Bordelon.

Suspek kemudian ditembak mati dalam kejadian mengejar itu.

Polis percaya suspek merupakan satu-satunya individu yang melepaskan tembakan di tiga lokasi berkenaan dan beberapa kanak-kanak di rumah terbabit dipercayai keturunannya.

Motif kejadian belum dikenal pasti setakat ini, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA-XINHUA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *