ISTANBUL – Tentera Lubnan mendakwa Israel melakukan beberapa pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa tengah malam tadi, termasuk serangan tembakan berskala kecil ke beberapa kampung di selatan negara itu.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di platform X, pihak tentera memaklumkan beberapa insiden serangan direkodkan sejak gencatan senjata dilaksanakan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk awam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menangguhkan hasrat untuk kembali ke kawasan selatan kerana situasi masih belum selamat berikutan pelanggaran yang berterusan.
Iklan Jabatan Pembangunan Kemahiran

Tentera Lubnan turut menggesa penduduk supaya mematuhi arahan unit keselamatan yang ditempatkan di kawasan berkenaan, khususnya pada waktu malam, selain mengelakkan lokasi berisiko tinggi.
Pada masa sama, amaran turut dikeluarkan mengenai bahaya bahan letupan tidak meletup serta objek mencurigakan yang ditinggalkan susulan serangan, dengan orang ramai diminta segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Terdahulu, gencatan senjata selama 10 hari antara Lubnan dan Israel diumumkan selepas rundingan melibatkan pemimpin kedua-dua negara, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. — BERNAMA-ANADOLU
Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L