TEHRAN – Kira-kira 20,000 pelaut dan hampir 2,000 kapal dilaporkan terkandas di Selat Hormuz susulan ketegangan berterusan di kawasan berkenaan, menurut Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).
IMO kini sedang merangka pelan kecemasan bagi memindahkan kesemua pelaut dan kapal yang terperangkap, namun proses itu tidak dapat dilaksanakan serentak kerana memerlukan penyelarasan rapi antara negara terlibat.
Setiausaha Agung IMO, Arsenio Dominguez berkata, operasi pemindahan berdepan cabaran besar memandangkan laluan Selat Hormuz yang sempit, iaitu sekitar 30 kilometer lebar, selain faktor keselamatan yang masih berisiko tinggi.
Beliau menegaskan, sebarang usaha mengeluarkan kapal dan pelaut perlu dilakukan secara berperingkat serta berhati-hati bagi mengelakkan insiden tidak diingini di laluan perkapalan penting dunia itu.
Situasi tersebut turut menimbulkan kebimbangan terhadap rantaian bekalan global, khususnya berkaitan perdagangan minyak dan gas, memandangkan Selat Hormuz merupakan antara laluan maritim paling kritikal di dunia. — BERNAMA
Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L