Suspek kes ‘pakatan sulit’ dikesan berada di luar negara – KPN

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam siasatan kes ‘pakatan sulit’ berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dikenal pasti, dengan sebahagian daripada mereka kini berada di luar negara.

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mengenal pasti semua individu berkaitan dan sedang meneliti lokasi mereka, sama ada masih berada dalam negara atau telah ke luar negara.

Terdahulu, beliau turut memaklumkan bahawa ahli perniagaan Victor Chin, yang menjadi fokus utama dalam kontroversi tersebut, dipercayai sedang berada di luar negara.

Hujung bulan lepas, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak berkuasa mengetahui di mana Chin berada, namun enggan mengulas lanjut.

Dakwaan mengenai pakatan sulit membabitkan PRM mula didedahkan dalam satu laporan Bloomberg pada akhir Februari, mencetuskan gesaan agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan.

Laporan itu mendakwa, satu rangkaian ahli perniagaan dan pegawai SPRM menggunakan serbuan dan siasatan bagi memberi tekanan kepada para eksekutif agar menjual saham dalam syarikat sasaran, lantas memaksa berlakunya pengambilalihan.

Justeru, Jemaah Menteri mengarahkan polis, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menyiasat dakwaan itu secara menyeluruh tanpa mengehadkan skop siasatan kepada individu yang sedang dalam pemerhatian.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *