Usaha Perkukuh Prestasi SPM: Lima Fokus Utama Ditekankan di Perlis – Titah Raja Muda

KANGAR – Pendekatan lebih menyeluruh dan strategik perlu digerakkan bagi memastikan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perlis terus meningkat seiring perubahan landskap pendidikan semasa.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara keutamaan ialah menilai secara mendalam trend pencapaian SPM negeri itu, termasuk perbandingan keputusan semasa dengan tahun-terdahulu, melibatkan prestasi sekolah serta mata pelajaran bagi mengenal pasti corak peningkatan yang boleh diperkasakan.

“(Aspek) kedua pemahaman terhadap variasi prestasi antara sekolah bandar dan luar bandar serta antara kelompok murid berlatar belakang berbeza bagi memastikan peluang kecemerlangan dapat diperluas secara lebih inklusif.

“Ketiga, analisis calon yang memerlukan sokongan tambahan melibatkan faktor kehadiran, motivasi, disiplin, sosioekonomi dan sokongan keluarga agar intervensi yang dirancang lebih bersasar dan berkesan,” titah baginda sempena Majlis Pengurniaan Anugerah Cemerlang, Anugerah Kepujian, Anugerah Khas SPM 2025 dan Anugerah Cemerlang Sukan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis semalam.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, aspek keempat pula mengenai penilaian terhadap keberhasilan program intervensi sedia ada dengan meneliti impaknya dalam meningkatkan pencapaian murid dan mengenal pasti amalan terbaik untuk diperluas.

Baginda bertitah, aspek kelima membabitkan penambahbaikan berterusan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) khususnya daripada segi pendekatan pedagogi dan penggunaan modul serta pemantauan yang lebih sistematik.

Pada majlis itu, seramai 51 calon SPM 2025 menerima anugerah masing-masing, iaitu tiga penerima Anugerah Cemerlang, 10 penerima Anugerah Kepujian dan 38 penerima Anugerah Khas, selain dua penerima Anugerah Cemerlang dalam bidang sukan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *