Lubnan Bahagian Tidak Terpisah Dalam Gencatan Senjata – Iran

Olahan Siti Khadijah Manudin

TEHRAN – Iran menegaskan bahawa Lubnan merupakan sebahagian penting dalam pelaksanaan gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa di rantau Asia Barat ketika ini.

Jurucakap Kementerian Luar Iran berkata sebarang pelanggaran terhadap perjanjian tersebut, termasuk yang melibatkan Lubnan, akan menerima tindak balas tegas.

Menurutnya, gencatan senjata itu perlu dihormati sepenuhnya oleh semua pihak bagi memastikan kestabilan dan mengelakkan konflik daripada terus merebak ke kawasan lain.

Beliau turut menekankan bahawa Iran akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia mengambil langkah sewajarnya sekiranya berlaku sebarang pencabulan terhadap perjanjian berkenaan.

Kenyataan itu dibuat susulan situasi keselamatan di rantau tersebut yang masih tegang walaupun gencatan senjata dua minggu telah diumumkan sebelum ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *