'Ini kerajaan lembu kenyang' gamatkan Dewan Rakyat

Radzi Jidin desak identiti pengusaha pusat proses ayam di Puchong didedahkan

PUTRAJAYA – Kerajaan dan pihak berkuasa digesa tidak melengahkan siasatan berhubung kegiatan sebuah pusat pemprosesan ayam di Puchong, Selangor, yang disyaki menggunakan kaedah pengendalian bercanggah dengan hukum syarak.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, orang ramai wajar dimaklumkan mengenai identiti syarikat terbabit, termasuk pengusaha, lokasi premis dan rangkaian pengedaran produk berkenaan.

Menurutnya, isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh soal keselamatan makanan, hak pengguna serta keyakinan umat Islam terhadap status halal ayam yang dijual di pasaran.

Beliau berkata, sehingga kini orang ramai masih menunggu penjelasan pihak berkuasa mengenai syarikat yang mengendalikan premis berkenaan, termasuk saluran pengedaran ayam yang diproses di situ.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ayam dipercayai diproses dengan merendam ayam hidup ke dalam air panas sehingga mati sebelum disembelih. Perkara ini memerlukan penjelasan dan tindakan segera daripada pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Radzi turut membangkitkan kebimbangan apabila ayam daripada pusat pemprosesan itu dipercayai telah diedarkan ke beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, termasuk Damansara, Bangi, Puchong, Cheras, Putra Perdana dan Putrajaya.

Justeru, beliau menegaskan pengguna mempunyai hak untuk mengetahui sama ada produk berkenaan memasuki pasaran dan premis perniagaan yang menerima bekalannya.

Katanya, pendedahan perlu merangkumi nama syarikat, pemilik atau pengusaha, lokasi sebenar pusat pemprosesan serta identiti pengedar dan destinasi jualan ayam terbabit.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Terdahulu, media melaporkan lebih 6.5 tan ayam mentah dirampas dalam satu serbuan di sebuah gudang di Puchong, tengah malam kelmarin, selepas produk berkenaan disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan pensijilan halal.

Operasi dikenali sebagai Op Taring Chiller itu turut membawa kepada penahanan 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penyembelihan serta pemprosesan ayam di premis berkenaan.

Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar, dilaporkan berkata premis itu disyaki digunakan sebagai pusat penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam segar tanpa sijil halal yang sah.

Pemeriksaan awal mendapati kaedah pengendalian dan penyembelihan ayam di lokasi berkenaan menimbulkan keraguan serius terhadap pematuhan hukum syarak serta status halal produk yang dihasilkan.

Lebih mengejutkan, ayam berkenaan dipercayai direndam dalam air panas sehingga mati sebelum melalui proses penyembelihan.

Penemuan itu menimbulkan persoalan besar mengenai kawalan terhadap rantaian bekalan makanan, khususnya produk ayam yang dipasarkan kepada pengguna Islam.

Sehubungan itu, tindakan pantas pihak berkuasa bukan sahaja diperlukan untuk melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab, malah memastikan pengguna mendapat maklumat tepat bagi mengelakkan kekeliruan serta kebimbangan berpanjangan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *