Status penugasan baharu Mohd Shuhaily di PDRM belum diputus – KPN

KUALA LUMPUR – Penugasan baharu Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan ditentukan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan beliau ditamatkan lebih awal daripada penempatan sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pelantikan Mohd Shuhaily ke jawatan itu sebelum ini mendapat perkenan Seri Paduka Baginda memandangkan beliau adalah pegawai kader polis.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menunggu nasihat perundangan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum surat rasmi dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily kepada pasukan polis.

“Sehingga perkenan itu diberi, saya masih menunggu. Jadi, saya tidak dapat memastikan (status penugasan baharu) dan sudah pasti beliau akan kembali kepada PDRM kerana beliau adalah pegawai polis,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Persatuan Bekas Polis Malaysia 2026 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Mohd Khalid ketika mengulas lanjut mengenai tugas dan tindakan susulan terhadap Mohd Shuhaily selepas kembali ke PDRM berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

“Bila beliau kembali kepada saya, barulah kami melihat tindakan selanjutnya yang boleh diambil berdasarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kami ini kakitangan kerajaan, semuanya tertakluk kepada SPA dan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk tatatertib,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kementeriannya memutuskan minggu lalu untuk mengembalikan Mohd Shuhaily ke PDRM selepas tempoh peminjamannya di AKPS berakhir, selain menyerahkan urusan penentuan penugasan baharunya kepada pucuk pimpinan polis.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *