PETALING JAYA – Mayat dua beranak dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam ditemui dalam sebuah rumah di Bedong, dekat Sungai Petani, semalam.
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan berkata, aduan orang awam diterima sekitar jam 6.05 petang dan anggota yang tiba di lokasi terpaksa memecah masuk rumah berkunci dari dalam itu.
“Mayat dua beranak itu, iaitu anak lelaki berusia 40-an dan ibunya 70-an ditemui di bahagian ruang tamu serta dapur,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat senjata tajam dan kes diklasifikasikan mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L