RIYADH — Arab Saudi mengesahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Jumaat esok, menurut pengumuman rasmi pihak berkuasa negara itu.
Agensi berita kerajaan, Saudi Press Agency melaporkan, Mahkamah Agung memutuskan Khamis (hari ini) sebagai hari terakhir bulan Ramadan, sekali gus melengkapkan tempoh puasa selama 30 hari tahun ini.
“Dalam kenyataan tersebut, Mahkamah Agung menyatakan Jumaat ditetapkan sebagai hari pertama Aidilfitri.
“Penetapan tarikh itu dibuat berdasarkan cerapan anak bulan, selaras dengan amalan kalendar Islam yang digunakan di kebanyakan negara Muslim,” kata kenyataan itu.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L