Tamim Nafi Hina Simbol Hindu, Dakwa Hanya Alih Besi Berkarat di Langkawi

SHAH ALAM – Aktivis masyarakat, Tamim Dahri Abdul Razak menafikan dakwaan beliau menghina simbol suci agama Hindu selepas sebuah video yang tular menunjukkan dirinya memijak objek dipercayai trisula di Pulau Langkawi, Kedah.

Menurutnya, objek yang dialihkan itu disangkakan hanya sebatang besi tajam yang berkarat dan tidak menyedari ia dikaitkan dengan lambang keagamaan.

Beliau menjelaskan, lawatannya ke Langkawi beberapa hari lalu sekadar untuk bercuti dan melepaskan tekanan selepas menyiapkan kerja berkaitan data di HBM.

Dalam perjalanan itu, beliau menyewa kereta dan menjelajah beberapa lokasi sekitar pulau tersebut termasuk kawasan berhampiran gua.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, ketika singgah di kawasan berkenaan untuk memberi makan kepada monyet liar, beliau terlihat sebatang besi tajam yang tertanam pada konkrit.

“Pada ketika itu saya tidak terfikir langsung ia merupakan simbol keagamaan kerana keadaannya berkarat dan kelihatan seperti besi tajam biasa,” jelasnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah beliau, kawasan tersebut juga tidak kelihatan seperti tempat ibadat kerana tiada bangunan atau struktur keagamaan di sekitarnya.

Tamim turut menyatakan, mengalihkan objek tajam yang berpotensi membahayakan orang ramai di laluan terbuka dianggap sebagai satu perbuatan kebajikan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam hantaran sama, beliau turut memuat naik gambar objek yang menjadi kontroversi itu dan mendakwa ia berbeza daripada bentuk trisula sebenar.

Sebelum ini, media melaporkan Tamim sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas sebuah klip video tular didakwa memaparkan beliau memijak trisula atau tombak bercabang tiga yang dikenali sebagai “soolam”.

Rakaman tersebut dipercayai dirakam di sebuah kawasan terbuka yang tidak dikenal pasti lokasinya dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut Hindu.

Susulan penyebaran video berkenaan, beberapa laporan polis dilaporkan telah dibuat oleh orang ramai sejak beberapa hari lalu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *