Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata - Fahmi

Kerajaan Arah Tindakan Tegas Isu Kandungan Pijak al-Quran

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengarahkan siasatan serta tindakan segera diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan insiden seorang individu memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata siasatan dijalankan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan MCMC turut menyelaras tindakan bersama polis bagi memastikan tindakan menyeluruh dan tanpa kompromi diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.

Beliau menegaskan perbuatan tersebut disifatkan sebagai biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kerajaan menegaskan bahawa sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama serta mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali dan akan dikenakan tindakan tegas,” katanya dalam satu kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang pengguna Threads memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Individu berkenaan yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *