Bekas ADUN Banting Fatimah Suhaimi meninggal dunia akibat sakit tua

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Datin Fatimah Suhaimi, 84, meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi di sebuah hospital swasta akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan anak ketiga Allahyarham, Mohd Zyad Jaafar, 42, ketika dihubungi Bernama.

Mohd Zyad berkata, Allahyarham ibunya dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas selepas kesihatannya merosot, selain sebelum ini juga mengalami masalah jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

“Jenazah kini di rumah keluarga di Kampung Medan, Telok Panglima Garang dan akan dibawa ke Masjid Jamiul Islamiah untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan sebelum zuhur,” katanya.

Allahyarham meninggalkan empat anak, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan serta empat cucu.

Fatimah merupakan ADUN Banting di bawah Parlimen Kuala Langat selama tiga penggal sejak 1982 dan pernah diiktiraf sebagai Tokoh Wanita Selangor.

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam UMNO termasuk Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *