Perangi rasuah tanpa kompromi – Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim menitahkan agar usaha memerangi rasuah dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor.

Seri Paduka Baginda bertitah, integriti dan ketelusan dalam pentadbiran merupakan asas penting bagi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat tersebut disampaikan ketika Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

Turut hadir ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil serta Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.

πŸ“ž Heda: +6014-808 8897 | πŸ’¬ Iqi: +6010-924 2335

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan taklimat oleh Onn Hafiz mengenai perkembangan semasa dan kemajuan pesat yang dicapai Johor.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

πŸ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | πŸ’¬ WhatsApp Tempahan
πŸ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *