Fahmi ucap selamat menyambut Hari Radio Sedunia

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Radio Sedunia 2026 yang diraikan tanggal 13 Feb setiap tahun.

Menerusi hantaran di platform X, Fahmi turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga radio yang sentiasa memastikan komunikasi berkesan, menyampaikan maklumat bermanfaat dan tepat serta menyajikan hiburan berkualiti.

“Semoga radio terus menjadi medium yang dipercayai dalam menyatukan masyarakat, serta memperkukuh kefahaman dan keharmonian sejagat,” katanya.

Beliau turut memuat naik poster ucapan Kementerian Komunikasi seiring dengan tema sambutan kali ini iaitu “Radio dan Kecerdasan Buatan (AI)”. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *