2 juruterbang maut dalam insiden tembakan di Papua Selatan, Indonesia

JAKARTA – Dua juruterbang maut selepas sebuah pesawat kecil ditembak sebaik mendarat di Padang Terbang Karowai di Kabupaten Boven Digoel, Wilayah Papua Selatan.

Pesawat yang dikendalikan oleh Smart Air dengan nombor pendaftaran PK-SNR itu berlepas dari Tanah Merah di Boven Digoel dan ditembak kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan selepas tiba di padang terbang itu, lapor Xinhua yang memetik media tempatan pada Rabu.

Ketua Operasi Pasukan Petugas Damai Cartenz, Faizal Rahmadani berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang maut dalam kejadian itu, menurut agensi berita ANTARA.

“Berdasarkan laporan yang diterima, juruterbang dan pembantu juruterbang meninggal dunia dalam insiden itu, manakala keadaan 13 penumpang belum dapat dipastikan,” kata Rahmadani.

Beliau berkata, identiti kumpulan yang bertanggungjawab terhadap kejadian tembakan itu juga masih dalam siasatan. – BERNAMA-XINHUA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *