RAWANG – Kejadian mengejutkan berlaku apabila polis menahan empat lelaki berusia 26 hingga 39 tahun selepas dipercayai meroboh sebuah kuil haram di tanah persendirian di Rawang, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tangkapan itu dibuat susulan aduan seorang penduduk tempatan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan mendapati sebahagian kuil tersebut telah dirobohkan tanpa sebarang notis atau perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan.
“Perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menimbulkan ketegangan dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.
Dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah traktor (backhoe) yang dipercayai digunakan untuk meruntuhkan struktur kuil tersebut.
Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan dan polis menegaskan, tindakan diambil secara telus serta profesional bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.
Shazeli menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi atau kenyataan yang boleh mencetuskan kekacauan dan kekal rasional.
Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Eqhmal Hakimi Zainodin di talian 013-6117371 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
