Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad

KARIM Benzema kini secara rasmi menyertai Al‑Hilal selepas penyerang berpengalaman itu menamatkan kontraknya bersama Al‑Ittihad, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kariernya di Liga Pro Saudi.

Perpindahan tersebut dikatakan tercetus selepas Benzema menolak tawaran lanjutan kontrak daripada Al‑Ittihad.

Situasi itu turut menyaksikan beliau tidak diturunkan dalam dua perlawanan terakhir kelab berkenaan.

Al‑Hilal mengesahkan kemasukan bintang Perancis itu melalui pengumuman ringkas di platform X, menandakan bermulanya fasa baharu buat pasukan yang kini mendahului liga tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Benzema yang berusia 38 tahun dan pernah beraksi cemerlang bersama Real Madrid, tampil dengan rekod kukuh sepanjang musim ini bersama Al‑Ittihad setelah menjaringkan 16 gol dalam 21 perlawanan merentas semua kejohanan.

Perpindahan ini turut dianggap sebagai suntikan besar buat Al‑Hilal yang terus memperkukuh barisan serangan mereka dalam usaha mengekalkan momentum sebagai peneraju saingan domestik dan pencabar utama di pentas Asia. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *