HKHM 2026: Lebih 60,000 Jalur Gemilang Diedarkan Di Wilayah Persekutuan, Semarak Patriotisme

PUTRAJAYA – Sebanyak 62,386 Jalur Gemilang diedarkan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak awal Ogos bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata kesemua Jalur Gemilang kini dipasang dan dikibarkan di jalan-jalan protokol, kawasan awam dan kawasan perumahan di sekitar wilayah berkenaan. 

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan memaparkan Jalur Gemilang di media sosial sekali gus mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi ketika ini.

“Cuma saya minta semua hati-hatilah apabila kita kibarkan Jalur Gemilang, pastikan (Jalur Gemilang) khasnya bagi agensi mesti pastikan betul,” katanya kepada pemberita selepas program Aspirasi Jalur Gemilang: Mural Kemerdekaan di sini hari ini. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir.

Hannah berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana terdapat panduan yang boleh dirujuk bagi memastikan bendera dipasang dan dikibarkan dengan cara yang betul.

“Bagi yang rasa takut kalau mereka kibarkan Jalur Gemilang secara salah, jangan takut, pergi saja laman web banyak contoh mengenai cara untuk kibarkan Jalur Gemilang.

“Kita mahu rakyat tidak rasa takut sebaliknya ada rasa ingin kibarkan Jalur Gemilang. (Rasa ingin kibarkan bendera) itu kita wujudkan sejak kanak-kanak dan zaman persekolahan,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut menasihatkan pemilik perniagaan supaya memastikan pekerja yang ditugaskan mengibarkan Jalur Gemilang mengetahui kaedah yang betul, serta pihak pengurusan perlu membuat semakan bagi mengelakkan kesilapan.

“Jangan kita hanya suruh mereka buat tetapi kita tidak periksa. Jadi peringkat pengurusan semua kena bantu periksa,” katanya.

Pada majlis itu, Hannah bersama-sama warga JWP menyiapkan Mural Kemerdekaan berukuran 25.40 meter di Menara Seri Wilayah sebagai inisiatif kempen HKHM 2026. 

Mural ini memaparkan visual ketiga-tiga Wilayah Persekutuan yang menyerlahkan mercu tanda ikonik bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan negara. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *