Kuasa pengampunan mekanisme perlembagaan, bukan hadiah politik atau simpati peribadi – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan, kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dianggap sebagai hadiah politik, alat kepentingan tertentu atau dipengaruhi oleh simpati peribadi mana-mana pihak.

Baginda bertitah, kuasa berkenaan merupakan mekanisme perlembagaan yang sah dan penting serta berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan negara yang bersifat menghukum, sekali gus melengkapkan struktur pentadbiran undang-undang yang adil dan berperikemanusiaan.

Menurut baginda, penilaian terhadap kuasa pengampunan perlu dilakukan secara rasional, berlandaskan kebijaksanaan dan kefahaman menyeluruh terhadap Perlembagaan, bukannya melalui sentimen melampau atau tekanan emosi.

“Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan wajar dinilai dengan emosi dan jiwa yang tenang, bukannya dengan sentimen berlebihan atau kepala yang dingin,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa sebarang keputusan pengampunan atau pengurangan hukuman tidak sama sekali memadamkan sabitan mahkamah, menghapuskan rekod kesalahan atau menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi teras kepada sistem pemerintahan negara.

Sebaliknya, titah baginda, proses itu perlu difahami sebagai ruang ihsan dalam kerangka undang-undang, tanpa mengganggu asas keadilan dan tanggungjawab terhadap peraturan yang telah ditetapkan.

Baginda turut menjelaskan bahawa pengampunan dan pengurangan hukuman bukanlah sesuatu yang eksklusif kepada satu individu, satu parti politik atau satu kedudukan tertentu.

“Setiap tahun, ratusan banduan penjara daripada pelbagai latar belakang, melibatkan kes jenayah berat dan ringan, menerima pengurangan hukuman atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” titah baginda.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-120 yang berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur, di sini, hari ini.

Turut berangkat ke mesyuarat berkenaan ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, selain anggota-anggota Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang.

Dalam pada itu, Sultan Pahang menegaskan bahawa keputusan berkaitan pengampunan tidak dibuat secara unilateral atau bersendirian, sebaliknya diputuskan melalui musyawarah Lembaga Pengampunan yang dianggotai wakil-wakil institusi utama negara atau negeri.

Titah baginda, proses tersebut mencerminkan prinsip semak dan imbang yang berlapis, sekali gus memastikan setiap keputusan dibuat secara teliti, berhemah dan bertanggungjawab.

Baginda turut mengingatkan bahawa dalam tradisi Raja Berperlembagaan, institusi diraja bukan alat kepada sentimen awam dan tidak tunduk kepada tekanan politik atau suara lantang mana-mana pihak.

Sebaliknya, peranan raja adalah sebagai payung keadilan yang berfungsi menenangkan keadaan ketika emosi memuncak, serta mengimbangi suasana apabila wujud kecenderungan untuk memonopoli kebenaran melalui pentas politik atau media.

“Kuasa pengampunan tidak harus ditafsir sebagai kelemahan sistem, sebaliknya sebagai peringatan jelas bahawa negara ini tidak ditadbir berdasarkan emosi media sosial, tidak menghakimi melalui pentas politik dan tidak menggantikan perlembagaan dengan kemarahan awam,” titah baginda.

Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah negara yang berprinsip, berdaulat serta tegas dalam menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Baginda turut mendoakan agar negara ini, dan negeri Pahang khususnya, sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *