Bekas Pengerusi TH, Bekas KSU Perbendaharaan Tiba Di Mahkamah Bagi Prosiding Reman

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba pada 9.31pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Turut kelihatan, seorang bekas ketua pegawai eksekutif TH, yang sebelum ini direman pada 21 Ogos lepas.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan mereka ditahan pada 4 petang selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta  menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *