Aduan Disiplin Terhadap Presiden Bersatu, Isu Pematuhan Perlembagaan Parti Dibangkitkan

PUTRAJAYA – Seorang ahli Parti Bersatu, Hariz Faisal Ismail memfailkan aduan rasmi kepada Lembaga Disiplin parti terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan pelanggaran Perlembagaan Parti.

Aduan tersebut berkait dengan tindakan Muhyiddin mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 27 Januari 2026 kepada Presiden parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN), yang didakwa dikeluarkan tanpa kelulusan atau mandat rasmi daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Menurut Hariz, yang juga mantan Ketua Armada Bahagian Putrajaya, isu pokok bukanlah penafian yang dibuat oleh Pas melalui surat balasan bertarikh 28 Januari 2026, sebaliknya tindakan Presiden yang didakwa bertindak secara unilateral dengan menggunakan nama dan kapasiti parti tanpa keputusan kolektif.

“Sebagai Presiden, beliau tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan parti. Tiada mana-mana individu, termasuk Presiden, boleh bertindak mengatasi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau turut menyatakan, penafian terbuka oleh Pas terhadap kandungan surat berkenaan telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ahli gabungan, sekali gus menjejaskan kredibiliti institusi Presiden Bersatu serta imej parti dalam kerangka PN.

Aduan itu juga mendakwa, sebarang cadangan atau pendirian yang terkandung dalam surat tersebut tidak pernah dibincangkan, diminitkan atau diputuskan melalui mesyuarat MPT atau Majlis Presiden, malah dikatakan bercanggah dengan keputusan-keputusan terdahulu parti.

Secara khusus, aduan berkenaan merujuk kepada pelanggaran Fasal 22.1(c), 22.1(d) dan 22.1(f) Perlembagaan Bersatu yang menetapkan tanggungjawab Presiden untuk melaksanakan dasar parti, mematuhi keputusan parti serta memelihara nama baik dan maruah organisasi.

Sehubungan itu, Lembaga Disiplin Bersatu digesa untuk menjalankan siasatan yang telus, menyeluruh dan tanpa pilih kasih bagi memastikan prinsip tadbir urus parti terus dipelihara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Ini bukan soal peribadi atau individu, tetapi berkaitan prinsip, disiplin dan masa depan parti,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, kritikan terhadap Muhyiddin dilihat semakin meningkat susulan dakwaan beliau bahawa Pas dan Bersatu telah mencapai persetujuan untuk memansuhkan jawatan Pengerusi PN, dakwaan yang dinafikan secara terbuka oleh kepimpinan tertinggi Pas.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *