PM Anwar terima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin E.S. Abd Samad di bangunan Parlimen, di sini.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata, pertemuan itu, antara lain membincangkan peranan Majlis Senator dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan negara.

“Kami turut bertukar pandangan mengenai peranan strategik Majlis Senator dalam memastikan kualiti undang-undang negara terpelihara agar dasar Kerajaan MADANI dilaksanakan dengan kukuh dari sudut perundangan,” kata beliau.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *