Hujan lebat berterusan hingga Khamis, tahap buruk di Kelantan dan Terengganu

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka melanda beberapa negeri hingga Khamis depan.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan membadai seluruh Kelantan dan Terengganu.

Amaran cuaca sama turut dikeluarkan terhadap beberapa kawasan di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan serta Rompin; serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Beliau berkata, hujan berterusan tahap waspada pula dijangka melanda Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera), serta Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) untuk tempoh sama.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku hingga Selasa depan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi METMalaysia dan talian METMalaysia (1-300-22-1638).

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *