Sepaktakraw Jadi Tumpuan SEA Games 2025: AHK Pimpin Persiapan Teknikal Antarabangsa

NAKHON PATHOM (THAILAND) – Sukan Sepaktakraw dan Chinlone kembali menjadi antara acara utama yang mencuri perhatian pada Sukan SEA ke-33, yang akan berlangsung dari 7 hingga 20 Disember ini.

Persiapan teknikal kini berada pada tahap terakhir dengan penyertaan pasukan teknikal serantau yang diketuai oleh Technical Delegate (TD), Datuk Abdul Halim Kader (AHK).

Dalam kenyataannya, Abdul Halim Kader menekankan, kejayaan penganjuran pertandingan sepaktakraw bertaraf dunia memerlukan perhatian rapi terhadap tiga elemen teras iaitu disiplin teknikal, kefahaman menyeluruh terhadap undang-undang permainan, dan ketegasan dalam pelaksanaan peraturan

Pertandingan rasmi sepaktakraw dan Chinlone akan diadakan di Nakhon Pathom Stadium Gymnasium, sebuah kemudahan moden berkapasiti 4,000 penonton, dilengkapi 21 kerusi VVIP dan 100 kerusi VIP.

Abdul Halim Kader menilai venue ini sebagai sangat sesuai dan memenuhi piawaian antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Nakhon Pathom sebagai destinasi ideal bagi acara sepaktakraw di peringkat serantau.

Dengan rekod penglibatan teknikal dalam 22 edisi SEA Games, Abdul Halim Kader terus memainkan peranan utama dalam memacu profesionalisme dan standard teknikal sukan sepaktakraw di rantau Asia Tenggara.

Selaras dengan komitmen tersebut, beliau turut dijadual mengetuai Bengkel Rasmi Pengadil Sepaktakraw dan Chinlone pada 8 Disember ini, yang diwajibkan kepada semua ITOs dan pengadil bagi memastikan keseragaman teknikal sepanjang kejohanan.

Dilaporkan oleh: ASTAF News Desk | SEA Games 2025 Thailand

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *