Powertechnic rekod pendaptan RM10.50 kuta pada suku ketiga TK2025

KUALA LUMPUR – Powertechnic Group Berhad (Powertechnic) mengumumkan keputusan kewangan yang belum diaudit untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2025 (“Suku Ketiga TK2025”), dengan mencatatkan pendapatan sebanyak RM10.50 juta untuk tempoh tersebut.

Prestasi pakar dalam penyediaan sistem kren dan pengangkat, sistem platform bertingkat dan lif disokong oleh semua segmen utama, iaitu lif, sistem platform bertingkat, sistem kren dan pengangkat, serta penyelenggaraan, pembaikan dan perkhidmatan berkaitan.

Keuntungan sebelum cukai (“PBT”) berjumlah RM0.87 juta, manakala keuntungan selepas cukai (“PAT”) berjumlah RM0.48 juta untuk Suku Ketiga TK2025.

Bagi tahun kewangan setakat ini, Powertechnic mencapai pendapatan sebanyak RM33.07 juta dan PAT sebanyak RM3.72 juta.

Pengarah Urusan Powertechnic Group Berhad Ivan Na Keh Chai berkata, keputusan kewangan menunjukkan daya tahan model perniagaan dan kepercayaan yang terus diberikan oleh pelanggan kepada Powertechnic.

“Dana daripada IPO kami membolehkan kami, antara lain, melaksanakan automasi dalam proses fabrikasi kami, menubuhkan bilik pameran produk baharu dan pejabat jualan dengan ruang penyimpanan di Pulau Pinang dan Sarawak. Kami kekal fokus untuk memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham kami,” katanya.

Beliau menambah, Kumpulan kekal optimistik tentang prospeknya, disokong oleh tinjauan positif ekonomi Malaysia, yang diunjurkan berkembang antara 4 peratus dan 4.8 peratus pada tahun 2025 dan 4 peratus hingga 4.5 peratus pada tahun 2026.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *