Perkasa sokong Kedah ketatkan garis panduan penganjuran konsert

PERKASA desak kerajaan kekalkan sekolah satu aliran, tolak cadangan sekolah menengah Tamil

SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan menolak sebarang cadangan penubuhan sekolah menengah Tamil di negara ini, termasuk cadangan terbaharu sebuah NGO India di Pulau Pinang.

Dalam kenyataan yang merujuk kepada laporan portal Malaysiakini, PERKASA menyelar cadangan NGO berkenaan yang mahu menubuhkan sekolah menengah Tamil pertama untuk masyarakat India di negeri itu.

Menurut Ahli Dewan Tertingginya, Azrol Mansor, penubuhan sekolah Tamil tidak diperuntukkan secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya hanya dibenarkan melalui peruntukan undang-undang sedia ada yang melindungi pendidikan vernakular.

Katanya, sekolah vernakular pada asalnya diwujudkan sebelum kemerdekaan untuk anak golongan buruh Cina dan India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah British.

Justeru itu, beliau menggesa NGO terbabit memahami sejarah sebenar sistem pendidikan negara serta meneliti Laporan Barnes 1951, iaitu laporan pendidikan yang mencadangkan pemansuhan sekolah vernakular dan penyatuan sistem pendidikan melalui sekolah kebangsaan berbahasa Melayu atau Inggeris.

“Penubuhan sekolah menengah Tamil akan memberi kesan negatif terhadap perpaduan kaum dan membawa negara ke arah pengasingan sistem pendidikan mengikut kaum.

“Kerajaan perlu dengan tegas menolak cadangan mana-mana pihak yang ingin mewujudkan sekolah menengah Tamil. Ia hanya akan menambah jurang dan meretakkan perpaduan sedia ada,” tegas beliau.

Azrol turut mengulangi pendirian PERKASA untuk menghapuskan sekolah vernakular secara berperingkat dan memperkasakan sistem sekolah satu aliran sebagai jalan terbaik menyatukan rakyat Malaysia sejak di peringkat awal persekolahan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *