Penduduk Lembah Klang jaga-jaga, Sungai Klang naik mendadak

PETALING JAYA – Penduduk di Lembah Klang mengambil langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan air di Sungai Klang secara mendadak susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata orang ramai meluahkan kebimbangan dan berwaspada sekiranya air Sungai Klang melimpah dan menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Kosmo melaporkan, antara kawasan tumpuan adalah di sekitar ibu negara, Puchong dan Shah Alam.

Seorang pengguna berkata, siren amaran dibunyikan dan orang ramai dinasihatkan supaya mengelak dari memasuki kawasan pusat bandar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sungai Klang sudah bunyi siren, elakkan masuk Kuala Lumpur. Ada potensi banjir,” katanya.

Seorang pengguna media sosial dikenali Asnin berkata, beberapa laluan di Kampung Sebelah dan Kampung Sri Aman, Puchong sudah dinaiki air ekoran limpahan air dari Sungai Klang.

“Rumah akak kawasan tinggi, tapi bila air naik, kami jadi pulau dan terkepung dari semua arah. Aliran air dari Taman Mas hingga Sri Muda. Kalau semua lokasi mula naik air, maksudnya kami pun dah kena bersedia untuk pindah,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *