Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri hingga 4 petang ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Amaran sama dikeluarkan bagi Selangor (Sabak Bernam), Johor (Mersing) serta Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang

Selain itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) bagi Terengganu dan Kelantan hingga 26 Nov ini.

Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan kedua-dua negeri.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Amaran kenaikan paras air laut turut dikeluarkan oleh MetMalaysia yang dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan hingga esok, dan keadaan itu membawa risiko limpahan air laut di pesisir pantai. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *